Puisi ini sengaja ku coretkan
Tanggal 20 Mei 1998
Kaki melangkah amat perlahan
Terasa jenuh jauh perjalanan
Doa dan tekad, itulah bekalan
Ilmu yang diredha menjadi buruan

Di kampus ini kami mengenali
Antara impian dan realiti
Onak duri nilam jauhari
Semuanya hadir silih berganti

Puisi ini sengaja ku coretkan
Tanggal 1 Jun 1999
Minda yang gersang mula sarat
Begitu banyak perlu diingat
Nota dan kuliah luntur keringat
Tekanan perasaan mula menjerat

Puisi ini sengaja ku coretkan
Tanggal 14 Julai 2000
Tiga tahun bukan masa yang singkat
Cabaran datang bertambah hebat
Ada pelajar turut tersekat
Kami yang tinggal
Hanya berbekal doa dan semangat

Syukur!
Segalanya dapat diatasi
Sehingga sampai ke puncak ini
Semoga ilmu dapat diwarisi
Oleh generasi selepas kami

Puisi ini sengaja ku coretkan
Tanggal 6 Februari 2001
Sebagai bingkisan tiada kesudahan
Kepada semua pensyarah yang banyak berjasa
Kami murid mu, tidak pernah lupa
Sehingga masa menutup masa

Warisan kita dikatakan kaya
Bukan setakat pengetahuan bahasa
Mampu diguna membela bangsa
Dapat menyebar agama tercinta
Itulah juga hasrat kami semua!

Puisi ini sengaja ku noktahkan
Bukan kerana hilang cetusan
Biarlah malam ini terus bergemelapan
Dengan kenangan demi kenangan
Dari kami, mahasiswa mahaisiwi tahun 1998

 

Utama
.........................................................................................................................................................

© ROZANAH KASNAN, 2003

Rekaan ihsan MIXED MEDIA INDUSTRY