|
Seperti di atas bara api ... kaki ini melangkah
Melangkah masih walaupun ia melecurkan
Kehampaan dan kekeciwaan hari ini
Akan ku jadikan pegangan hari esok
Semoga Esok Masih Ada!
Kalau dapat aku kembalikan detik lalu
Dua hati tidakku paku menjadi satu
Kerana hari ini .. apabila pengetuk mengumpil
Lukanya begitu dalam
Paku yang dulunya merapatkan dua jurang,
telah mula mengarat
Apabila dipaksa renggang
Lubang-lubang tidak dapat ditutup semula
Kalaulah...
kalau dapat kuputarkan semalam
Paku tidak akan kuumpil
Ku biarkan saja papan... biarkan mengarat! Biarkan hancur!
Kelukaan ini seperti luka dua keping papan yang dibelah...
Hanya untuk mengeluarkan paku
Yang tidak mungkin berguna lagi
Doaku hari ini hanyalah untuk melihat mentari ufuk
Melupakan semalam, pasrah untuk esok
Kalau nanti ku jumpa serpihan kilauan dalam perjalanan
Tidak akanku kutip lagi
Kerana aku takut...seandainya aku simpan serpihan tersebut
...mungkin ia akan melukakan
keciwalah...buat kedua kalinya
semoga Esok Masih Ada!
La illa haill’Allah
Utama
.........................................................................................................................................................
© ROZANAH KASNAN, 2003
Rekaan ihsan MIXED
MEDIA INDUSTRY
|