|
PINCANG
Published.
Berita Minggu, SPH, November 2000
All rights reserved. None is allowed to be reproduced without prior
approval from author.
pincang dunia
bukan kerana bencana alam
pincang manusia bukan kerana tuhan
apa yang sudah berlaku?
pincang dunia disebabkan oleh tamak haloba
bersepah peri kemanusian hilang entah ke mana
bila hati dimamah, dirasuk
oleh sang durjana yang menghausi kuasa
apa yang sudah berlaku?
pincang manusia mungkin disebabkan cinta
cinta yang buta dan tidak berarah
cinta pada yang membinasakan hati dan minda
cinta yang bermula dari nafsu semata
pincangkah kami?
pincangkah anda?
tuhanmu memberi rahmat
tuhanmu menaburkan nikmat
kenapa manusia semacam tidak mengerti
bahawa kurnia tuhan adalah cinta sejati?
apa yang sudah berlaku?
kepincangan ummah disebabkan kita sendiri
pabila akarnya dibakar api cemburu
pabila buahnya adalah hasil irihati
pincangkah kami?
pincangkah anda?
ingatlah...
nila setitik amat berbisa
tutup segera sebelanga susu
lidah manusia boleh membinasa
mungkin...
lebih baik jika kita dilahirkan bisu
- Zee SHK
|