..................................................................................................................................................................................................................




DILEMA
Published. Berita Harian, SPH, Jun 1997
All rights reserved. None is allowed to be reproduced without prior approval from author.

Sekiranya aku tersungkur, adakah kau akan menoleh?
Sekiranya aku terjatuh, adakah kau akan berlalu?
Sekiranya aku tersilap, adakah kau akan berdiam?
Sekiranya aku ghaib, adakah kau akan bersenang?

Curiga bermain di dalam sanubariku
Berdiam ia apabila melihat tingkahmu dulu
Ku pendamkan perasaan, mengetap bibir geram
Sekiranya kehadiran ku disisimu memang tiada
Pengunduran akan ku buat dengan rela

Bulan menyalin pakaiannya
Fauna berganti teman
Namun kau masih bertatah di hati ini
Ku lihat, kebatinan mu tetap disampingku
Adakah aku bermimpi, atau sekadar
Aku terlalu dibuayi lamunan permainan

Setelah aku tiba di tebing ini
Ku lihat masih ada banyak pilihan
Adakah aku akan memilih menyeberangi ke seberang
Adakah aku akan memilih mengayuh sampan
Adakah aku akan merenangi sungai yang deras
Atau adakah aku akan berdiam saja

Setelah sekian lama ku idamkan saat ku di tebing ini...
Kini, ku di dalam dilema ...

-ZEE S H K